Motivasi.Iltizam.Jatidiri
Monday May 21st 2012

Tentang KRIM

Latar Belakang

Remaja adalah aset penting negara kerana merekalah yang akan mencorakkan jatuh bangunnya tamadun bangsa ini di masa hadapan. Mereka adalah ibarat biji benih yang ditanam, perlu dibela, dibaja dan dilindungi dari sebarang kerosakan agar pepohon yang bakal hidup melahirkan buah-buahan yang masak ranum dan hasil yang lumayan.

KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (KRIM) tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri

Rasional

KRIM membuka ruang seluas-luasnya kepada remaja untuk melibatkan diri dalam sebuah kelab yang mampu memandu, menggilap dan mengembangkan segala aspek potensi dan bakat yang ada di dalam diri mereka.

Penglibatan sepenuhnya dalam KRIM mampu menghindarkan para remaja daripada sikap membuang masa dan seterusnya terjebak dengan segala permasalahan sosial.

Ini memenuhi aspirasi ibu bapa dan masyarakat yang mahu melihat pembentukan sebuah generasi remaja yang cemerlang, berpegang teguh kepada nilai-nilai agama, hidup berteraskan ilmu dan mampu berdikari.

 

Visi

Menjadikan Kelab Remaja ISMA (KRIM) sebagai pusat pembangunan potensi remaja yang dikenali dan diyakini masyarakat.

 

Misi

Melahirkan generasi remaja yang mempunyai nilai-nilai motivasi, iltizam dan jatidiri unggul melalui aktiviti-aktiviti pembangunan insan yang syumul.

 

Objektif

  • Memberikan kefahaman islam yang syumul dan rasa tanggungjawab tinggi kepada Tuhan, diri, keluarga, masyarakat dan negara.
  • Menerapkan nilai-nilai motivasi dalam diri, sikap cintakan ilmu dan penguasaan kemahiran hidup.
  • Membina iltizam untuk beramal dengan tuntutan agama, berakhlak mulia dan berbakti kepada bangsa.
  • Membangun jatidiri dengan keperibadian yang tinggi, memiliki ciri-ciri kepimpinan dan berwawasan.
  • Memupuk nilai persaudaraan islam dan kerjasama di kalangan remaja.
  • Melahirkan remaja yang sihat tubuh badan, cerdas minda dan tahan lasak.

 

 

 

 

 

2 Comments for “Tentang KRIM”

  • Nur Asikin binti Amin says:

    saya amat berminat untuk menyertai kelab ini..bagaimana cara untuk menyertainya..?

    • admin says:

      Salam,
      cik nur asikin dari mana ye?
      biasanya keahlian berdasarkan kumpulan halaqah bawah kelolaan KRIM Johor. untuk ahli umum, saudari boleh jadi ‘friend’ Kelab Remaja ISMA Johor di FB. Kami akan update segala program yang akan kami adakan di website ini dan juga Facebook.


Leave a Comment

Topik terkini

Apresiasi Guru Murobbi

Apresiasi Guru Murobbi

Menjadi guru tidak mudah. Itu yang saya boleh katakan selepas hampir dua tahun berkhidmat. Cabaran dan mehnah yang [Read More]

Nak ke IPT??  Jom ke OSC!

Nak ke IPT?? Jom ke OSC!

Pastinya menjadi harapan semua pelajar untuk melangkah masuk ke universiti bagi melanjutkan pelajaran. Pelbagai perkara [Read More]

Rasulullah pun bersukan, jom ikut sunnah!

Rasulullah pun bersukan, jom ikut sunnah!

Bersukan merupakan diantara aktiviti yang digemari manusia. Bersukan dapat melahirkan sifat saling bersaing, menguatkan [Read More]

Berita Gembira: Kejohanan Bola Jaring, Potongan Yuran 50%

Berita Gembira: Kejohanan Bola Jaring, Potongan Yuran 50%

Assalamua’laikum kepada semua pembaca yang dikasihi, KRIM membawakan khabar menarik kepada para peserta Kejohanan [Read More]

Acara Bola Jaring

Acara Bola Jaring

SYARAT – SYARAT PENYERTAAN DAN PERLAWANAN A. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN: Kejohanan ini diberi nama Kejohanan Bola [Read More]

Komen terkini

KRIM Johor

insyaAllah...terima kasih sebab datang...kita jumpa lain kali ok?! insyaAllah...nantikan program-program KRIM yang lain Read the post

Ahmad Naqib

Best btul la program ni ... kalo bleh thn dpan nk join lagi ... Read the post

admin

Salam, cik nur asikin dari mana ye? biasanya keahlian berdasarkan kumpulan halaqah bawah kelolaan KRIM Johor. untuk Read the post

Nur Asikin binti Amin

saya amat berminat untuk menyertai kelab ini..bagaimana cara untuk menyertainya..? Read the post

kimkat keblack

Salam,insyaAllah seminar kerjaya ditunda kepada 19hb Jun, Ahad. Read the post

Insider

Archives