Motivasi.Iltizam.Jatidiri
Monday May 21st 2012

Perlembagaan Kelab

PERLEMBAGAAN KELAB

Nama dan Alamat Perhubungan.

Kelab remaja ini dikenali sebagai KELAB REMAJA ISMA atau ringkasnya dikenali sebagai KRIM. KRIM bernaung di bawah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang memiliki alamat pendaftaran seperti berikut:

 

No Pendaftaran: 2701/97

No 25-1-1 & 27-1-1,

Jalan Medan Pusat Bandar 1A,

Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

 

Logo Kelab

  • Asas logo KRIM ialah kalimah Wa’aiddu yang dipetik daripada ayat 60 surah Al-Anfal yang bermaksud “Dan Persiapkanlah”. Di dalam ayat tersebut Allah memerintahkan umat Islam agar membuat segala persiapan bagi membina kekuatan untuk menghadapi segala bentuk ujian dan rintangan di masa hadapan.
  • Warna oren yang menjadi latarbelakang logo melambangkan sikap sentiasa bersedia menghadapi segala cabaran persekitaran.
  • Bulat dan lambang geometri merupakan sebahagian daripada logo ISMA yang bermaksud segala aktivisme KRIM adalah di dalam kerangka visi dan misi ISMA itu sendiri.

 

Moto Kelab

MOTIVASI, ILTIZAM dan JATIDIRI menjadi moto pergerakan KRIM.

MOTIVASI:

  • Membina matlamat hidup yang jelas
  • Membangkitkan semangat untuk mengejar kecemerlangan
  • Mengenali cara dan gaya hidup cemerlang

ILTIZAM:

  • Keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh
    bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu
  • Berterusan dalam melakukan kebaikan
  • Berpegang teguh dengan prinsip dan nilai agama

JATIDIRI:

  • Memiliki daya juang, daya tahan dan daya saing
  • Mempertahankan maruah diri, agama dan bangsa
  • Memahami potensi diri dan tahu mengembangkannya
  • Berupaya memimpin dan membimbing orang lain

Bendera Kelab

Bendera KRIM adalah logo KRIM yang berlatarbelakangkan warna putih. Di bawahnya tertera nama cawangan KRIM. Di kelilingnya adalah garisan hitam yang merupakan kerangka ISMA.

 

Leave a Comment

Topik terkini

Apresiasi Guru Murobbi

Apresiasi Guru Murobbi

Menjadi guru tidak mudah. Itu yang saya boleh katakan selepas hampir dua tahun berkhidmat. Cabaran dan mehnah yang [Read More]

Nak ke IPT??  Jom ke OSC!

Nak ke IPT?? Jom ke OSC!

Pastinya menjadi harapan semua pelajar untuk melangkah masuk ke universiti bagi melanjutkan pelajaran. Pelbagai perkara [Read More]

Rasulullah pun bersukan, jom ikut sunnah!

Rasulullah pun bersukan, jom ikut sunnah!

Bersukan merupakan diantara aktiviti yang digemari manusia. Bersukan dapat melahirkan sifat saling bersaing, menguatkan [Read More]

Berita Gembira: Kejohanan Bola Jaring, Potongan Yuran 50%

Berita Gembira: Kejohanan Bola Jaring, Potongan Yuran 50%

Assalamua’laikum kepada semua pembaca yang dikasihi, KRIM membawakan khabar menarik kepada para peserta Kejohanan [Read More]

Acara Bola Jaring

Acara Bola Jaring

SYARAT – SYARAT PENYERTAAN DAN PERLAWANAN A. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN: Kejohanan ini diberi nama Kejohanan Bola [Read More]

Komen terkini

KRIM Johor

insyaAllah...terima kasih sebab datang...kita jumpa lain kali ok?! insyaAllah...nantikan program-program KRIM yang lain Read the post

Ahmad Naqib

Best btul la program ni ... kalo bleh thn dpan nk join lagi ... Read the post

admin

Salam, cik nur asikin dari mana ye? biasanya keahlian berdasarkan kumpulan halaqah bawah kelolaan KRIM Johor. untuk Read the post

Nur Asikin binti Amin

saya amat berminat untuk menyertai kelab ini..bagaimana cara untuk menyertainya..? Read the post

kimkat keblack

Salam,insyaAllah seminar kerjaya ditunda kepada 19hb Jun, Ahad. Read the post

Insider

Archives